Assalamualakum..
Tujuan entry aku kali ini bukan untuk membuka masalah aku kepada tatapan umum..
Tetapi sebagai semangat untuk mereka yang nasibnya lebih teruk daripada aku..
Aku merupakan anak sulung sebuah keluarga yang bukanlah diberikan kemewahan seperti insan lain..
Kedua orang tuaku juga tidaklah mampu memberikan kesenangan seperti rakan-rakan sebayaku..
Kadang-kadang hati memberontak..
Kenapa manusia tidak sama kehidupan dunianya..
Kenapa perlu ada perbezaan darjat dan harta..
Teringat zaman kecilku..
Teman-teman yang lain nyenyak tidur di kala hujan membasahi bumi..
Tapi kami sekeluarga berhempas pulas mencari besen menadah air hujan melalui atap-atap bocor..
Mak abah yang tak pernah senang tidur mereka demi memastikan kami anak-anaknya dapat tidur dengan selesa..
Ya,mungkin waktu itu aku terlalu kecil untuk memahami pengorbanan mereka..
Mungkin aku tidak mengalami kesusahan yang mereka tanggung untuk membesarkan aku dan adik-adik..
Membanting tulang mencari rezeki demi persekolahan kami semua..
Makan minum,pakaian,yuran sekolah serta keperluan kami..
Mak.....
Tangisan mak adalah kelemahan aku..
Jika dihitung dosa aku pada mak,tak akan dapat dapat terhitung..
Dengan segala penipuan,tinggi suara dan air mata kekecewaan yang mengalir daripada mata mak..
Walau beribu kali aku mengecewakan mak,mak masih megatakan "kau harapan mak"..
Maafkan aku mak.....
Abah.....
Usaha kerasmu menyara aku dari kecil hingga dewasa begini,satu kemuliaan bagi aku..
Mencari rezeki dan menyediakan segala keperluan yang aku inginkan..
Menghantar dan mengambil daripada sekolah dikala penat bekerja..
Mengirim duit belanja walaupun aku sudah bergelar pelajar universiti..
Maafkan aku abah......
p/s : Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang mampu memnberikan yang tebaik walaupun banyak kali dikecewakan oleh aku..
#GET READY FOR FINAL#
Bismillah~
No comments :
Post a Comment