Sunday, January 5, 2014

Study week ke tekanan jiwa


Haiiii…
Entry kali nie aku nak cerita pasal keadaan aku sekarang yang agak terumbang ambing di UTM..
Sekarang ialah musim study week..
Apabila study week macam nie je,mesti yang di”study”kan adalah meja belajar aku..
Hehehe..
Nak tengok tsunami berskala sederhana yang melanda meja aku??
Haaa..Tengoklah sendiri anak dara zaman sekarang punya meja..
Gambar diambil mase tengah pening kepala buat past year sambil ditemani alunan Hindustan di MEDIA PLAYER..Heee~
Soalan-soalan yang dibuat makin lama makin susah pulak..
Tengok tepi katil macam ada makanan..
Maka roti dan chocolate peanut  jam pun menjadi buruan perut..
Malas nak bersiap turun café..
Kalau kolej nie semua orang perempuan,dah lama aku free hair menonong ke café tu..




Bukan meja study je yang menjadi mangsa..
Katil yang menjadi tempat berehat pun turut terkena tempiasnya..
Yang katil nie betul-betul tsunami berskala besar..
Nak baring pun macam tak selerrrra je..
Alkisahnya aku baru lepas angkat pakaian daripada ampaian..
Sebenarnya ada je mase nak lipat..
Tapi biasalah kan..
Kate study week..Fokus kat study je kononnya..


Ini adalah contoh ataupun teladan yang buruk sama sekaliiiii!!!!
Jangan mencuba aksi ini dirumah~
Terima kasih kerana membaca..^_^

Sunday, December 22, 2013

Nasi Lemak Wak kentut??



Entry kali nie nak kongsikan pengalaman aku dan rakan-rakan makan di warung yang di mentionkan dalam tajuk di atas..
Sape orang johor yang duduk area KULAI mesti tahu!!


Yang bawak ktorang ialah budak-budak lelaki skot aku..
Ada sorang tu sampai addicted katenye..
Bila dorang dah cerita macam tu,makin tertanya-tanya lah ape keistimewaan nasi lemak ni..

Plan punya plan..
Baru kali nie menjadi..
Lepas habis latihan je,around pukul9 malam gerak same-same..
Siang dah penat berkawad,muka semua pakat-pakat BURN..
Tapi si kentut nie punya pasal,layankan jeee..
Lelaki dalam 6-7 motor seingat-ingat aku..
Yang perempuan pulak 2 buah kereta..
Korang ingat dekat je tempatnya..
Pasal budak-budak laki selalu makan kat sana..
Jauh jugak cek habaq hang!!!
Lebih 10 KM taw daripada UTM..

photographer : cik hazwani.. ^_^
Sampai je kat sana,bukan main terkejut lagi ktorang..
Mane tak nye..
Aku ye ye la bayangkan tempatnya besar..
Rupa-rupanya,tepi jalan je..
Kalau tengah makan tu memang seriau la kereta lalu lalang..
Nampak tak kereta interframe sekali kat belakang tu.. =P


Tapi masa turn ktorang order,ayam tak cukup..
Ktorang datang 25++ orang (tak ingat)..
Tapi bro tu kate ayam ada untuk 20 orang je lagi..
Nak tak nak,makan je lah..
Dah laa datang jauh-jauh..
Dengan penat berkawad siang tadi tak habis lagi..
Yang penting aku nak rasa jugak~

wanita~
Ladies~
Masa untu pembayaran
Disebakan ayam tak cukup,ktorang kene share 1 meja 1 ayam..
Bro tu pun kira cincai je dengan ktorang..
Air limau + nasi lemak = RM5 seorang..
Harga asal TAH TAHU.. Hehehe..


Tersenyum gembira

Happy dapat makan~
Lelaki katang.. haha

muka BURN sudah


Share partner aku.. (semeja)



Yang nie pulak testimoni (macam produk pulak) daripada pelanggan nasi lemak wak kentut..
Aku dapat daripada https://foursquare.com/v/warung-nasi-lemak-wak-kentut/4cfe0be2d7206ea877344c69 




So,ape lagi..
Sape yang dekat-dekat JOHOR,meh la datang..
Tapi jangan lambat-lambat sangat..
Warung nie bukak pukul5 petang sampai laa 12 @ 1 pagi setiap hari..
Yang ada plan nak ke sini,jangan lupa singgah..
Dijamin kesedapannya..
Heee~

Terima kasih kerana membaca..^_^

Thursday, December 19, 2013

Luahan sebelum FINAL EXAM

Assalamualakum..
Tujuan entry aku kali ini bukan untuk membuka masalah aku kepada tatapan umum..
Tetapi sebagai semangat untuk mereka yang nasibnya lebih teruk daripada aku..

Aku merupakan anak sulung sebuah keluarga yang bukanlah diberikan kemewahan seperti insan lain..
Kedua orang tuaku juga tidaklah mampu memberikan kesenangan seperti rakan-rakan sebayaku..
Kadang-kadang hati memberontak..
Kenapa manusia tidak sama kehidupan dunianya..
Kenapa perlu ada perbezaan darjat dan harta..

Teringat zaman kecilku..
Teman-teman yang lain nyenyak tidur di kala hujan membasahi bumi..
Tapi kami sekeluarga berhempas pulas mencari besen menadah air hujan melalui atap-atap bocor..
Mak abah yang tak pernah senang tidur mereka demi memastikan kami anak-anaknya dapat tidur dengan selesa..

Ya,mungkin waktu itu aku terlalu kecil untuk memahami pengorbanan mereka..
Mungkin aku tidak mengalami kesusahan yang mereka tanggung untuk membesarkan aku dan adik-adik..
Membanting tulang mencari rezeki demi persekolahan kami semua..
Makan minum,pakaian,yuran sekolah serta keperluan kami..

Mak.....
Tangisan mak adalah kelemahan aku..
Jika dihitung dosa aku pada mak,tak akan dapat dapat terhitung..
Dengan segala penipuan,tinggi suara dan air mata kekecewaan yang mengalir daripada mata mak..
Walau beribu kali aku mengecewakan mak,mak masih megatakan "kau harapan mak"..
Maafkan aku mak.....

Abah.....
Usaha kerasmu menyara aku dari kecil hingga dewasa begini,satu kemuliaan bagi aku..
Mencari rezeki dan menyediakan segala keperluan yang aku inginkan..
Menghantar dan mengambil daripada sekolah dikala penat bekerja..
Mengirim duit belanja walaupun aku sudah bergelar pelajar universiti..
Maafkan aku abah......

p/s : Aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapa yang mampu memnberikan yang tebaik walaupun banyak kali dikecewakan oleh aku.. 
#GET READY FOR FINAL#
Bismillah~

Thursday, December 12, 2013

Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Ke KUANTAN


Assalamualaikum.. Dan Haiiii...
Kali ini aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi ke KUANTAN..(Entah ada ke tidak orang bace)
Sekarang nie kan tengah kecoh-kecoh pasal banjir teruk yang melanda negeri PAHANG..
Bila dah dapat peluang macam nie,aku pun tak lepaskan lah..
Bukan nak menunjuk-nunjuk pertolongan yang dah dihulurkan ini..
Sekadar berkongsi pengalaman.. =)
Masa paras air tengah naik,aku tak berkesempatan nak pergi hulurkan bantuan..
Aku pergi masa air dah surut and mangsa banjir pun kebanyakannya dah balik..
Bukti??? Jap eh..

Abaikan selipar buruk itu~

Nie gambar mase dekat SK Sg Isap yang merupakan salah sebuah tempat penempatan sementara mangsa banjir area-area kuantan..
Kami seramai 15 mahasiswa UTM SKUDAI,JOHOR telah pergi ke KUANTAN selama 2 hari..
Bermalam di UMP,GAMBANG,PAHANG dan makanan FREE.. Kihkihkih..

Back to main story~
Bukan kami sahaja yang menjadi sukarelawan pada hari tu..
Sukarelawan lain pun ada jugak..
Siap bergambar lagi dengan dorang..
Padahal nak menggateee~

Ok,muka dah kusut masai~
Yang nie memang kami target nak bergambar~
Yang ini tidak dirancang~

Sebenarnya dalam 15 orang yang join misi bantuan nie,aku betul-betul kenal dengan 2 orang nie je..

Daripada Tahun 1 aku dengan dorang..
Yang tengah tu leader~




Yang tudung biru tu roomate aku sekarang..
Aku yang ajak die join bende-bende nie..
Sanggup tinggal optional test die sebab aku.
Terharu kauuuu~
By the way,gambar nie hari pertama kami sampai kuantan..
Tugasan pertama,bersihkan rumah-rumah orang..
Taknak letak gambar banyak sangat.
Nanti korang bosan pulak kene scroll bawah lame-lame..



Terima kasih ^_^


x

Wednesday, March 20, 2013

Lelaki Romantik

Assalamualaikum.. Dan hiii...
Untuk entry kali nie,aku nak share sikit cara-cara nak jadi lelaki romantik..
Bak kata si dia,romantik nie datang secara tiba-tiba..
Senang cakap,tak boleh dipaksa laaa..

Untuk tips yang dibawah ini pun aku baca daripada blog orang lain jugak..
Tapi aku ambik yang mane nak je..
Setiap perempuan mesti nak lelaki yang mereka sayang,sekali-sekala bertukar romantik..
Aku share yang simple-simple je..

1. Bagi Bunga
Haaa... bagi bunga!!!


 Jeng Jeng Jeng.. Try la bagi bunga kat pasangan anda.. 
Comfirm awek/tunang/isteri anda akan senyum sampai telinga.. 
Tak payah bunga yang mahal-mahal pun takpe.. Bagi yang biasa-biasa pun dah ok ape.. 
Tambah pulak dengan coklat.. Alahaiii... Sweet kauuu.. 
Pengalaman aku (nak cite jugak ni), aku pun penah dapat bunga daripada si dia.. Tak berhenti gelak aku dibuatnya..


2. Pandang Mata Pasangan

Yang ini korang boleh buat kalau benar-benar berani.. 
Tapi try la jugak sekali-sekala.. Mane tahu awek/tunang/isteri anda suka bende-bende nie kan..
 Tak salah mencuba kan..

3. Ungkapkan Ucapan Sayang

Kepada pasangan yang jauh,tak perlu tunggu waktu berjumpa je baru nak ucapkan sayang anda..
 Teknologi kan dah canggih.. SMS/e-mail je kata-kata rindu anda tu.. 
Yang hari-hari mengadap muka pasangan tu,jangan lupa ye ucapkan jugak.. 
Barulah hubungan tu boleh bertahan lama..

4 Pergi Tempat Romantik


Bawaklah pasangan anda ke tempat-tempat yang romantik..
 Contoh,bersantai tepi pantai ke.. Candle light dinner ke.. Cameron Highlands ke.. 
Sebenarnya bagi aku,pegi mane-mane pun kalau berada di samping orang tersayang,automatik akan jadi seronok.. 
Kepada yang dah berkahwin tu,bawaklah pergi bercuti + honeymoon.. 
Yang belum kahwin,jangan coba-coba ya!

Rasanya,ini je lah kot yang aku nak share..
Sebenarnya,banyak lagi cara nak jadi romantik..
Pandai-pandailah tanya MR GOOGLE ye..
Thanks for reading.. ^_^