
Haiiii…
Entry kali nie aku nak cerita pasal keadaan aku sekarang
yang agak terumbang ambing di UTM..
Sekarang ialah musim study week..
Apabila
study week macam nie je,mesti yang di”study”kan adalah meja belajar
aku..
Hehehe..
Nak tengok tsunami berskala sederhana yang melanda meja
aku??
Haaa..Tengoklah sendiri anak dara zaman sekarang punya meja..
Gambar diambil
mase tengah pening kepala buat past year sambil ditemani alunan Hindustan di
MEDIA PLAYER..Heee~
Soalan-soalan yang dibuat makin lama makin susah pulak..
Tengok
tepi katil macam ada makanan..
Maka roti dan chocolate peanut jam pun menjadi buruan perut..
Malas nak
bersiap turun café..
Kalau kolej nie semua orang perempuan,dah lama aku free
hair menonong ke café tu..
Bukan meja study je yang menjadi mangsa..
Katil yang menjadi
tempat berehat pun turut terkena tempiasnya..
Yang katil nie betul-betul tsunami berskala besar..
Nak baring pun macam tak selerrrra
je..
Alkisahnya aku baru lepas angkat pakaian daripada ampaian..
Sebenarnya ada
je mase nak lipat..
Tapi biasalah kan..
Kate study week..Fokus kat study je
kononnya..
Ini adalah contoh ataupun teladan yang buruk sama
sekaliiiii!!!!
Jangan mencuba aksi ini dirumah~
Terima kasih kerana membaca..^_^
Study week ke tekanan jiwa


